Saturday, November 1, 2008

Mukadimah


Saya pilih tajuk blog saya 'angin sepoi bahasa' adalah kerana indahnya rasa apabila kita menikmati tiupan angin yang lemah lembut. Ianya sungguh menyegarkan dan memberi ransangan untuk berasa seronok serta nyaman sekali.

Sewajarnyalah nukilan blog saya ini berkisar di atas tajuk yang memberi ketenangan jiwa dan mengenali segala keindahan persahabatan, keindahan alam dan serba serbinya yang serba indah. Mungkin mampu untuk memberi inspirasi bagi semua insan yang sedang dilanda stress atau patah hati sekali pun.

Andainya saya mampu meberi ketenangan tersebut, maka sedikit sebanyak hasil usaha saya ini telah mencapai hasratnya. Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pembaca yang budiman yang ingin singgah diteratak saya ini.

No comments:

Post a Comment