Wednesday, December 31, 2008

Mendaki Puncak Kinabalu

Gunung Kinabalu dilihat dari Kundasang (Wikepedia)
Dharma telah mendaki puncak Gunung Kinabalu dengan jayanya. Kejayaan ini sangat bererti bagi Dharma kerana ianya adalah satu pencapaian yang amat membanggakan berdasarkan tiada sebarang persediaan dibuat. Dharma telah dijemput mendaki sebagai 'bidan terjun' saja, oleh yang demikian banyaklah kesukaran juga ditemui, apatah lagi sangat sejuk semasa mendaki. Baju sejuk pun takder dan juga 'glove' pun takder, lali manjang tangan sepanjang perjalanan.

Kami berlepas dari tempat permulaan pada belah pagi dan mendaki dan mendaki sehinggalah sampai ke tempat persinggahan terakhir. Disini kami sampai jam 4 petang dan terpaksa berehat sebentar menunggu masa sesuai untuk menawan puncak Kinabalu. Semasa berehat disini secawan teh dan sebungkus maggie yang panas berasap akan sejuk dalam sekelip mata saja. Harganya pun agak lumayan juga, tapi paham2 sajelah, jauh memikulnya keatas ni!
Masa sesuai mendaki puncak berlaku pada jam 5 pagi keesokan harinya, dimana masa itu tidak berapa sejuk dan tidak licin. Mendaki puncak memakan masa selama 2 jam lebih dengan betul2 mendakap dinding gunung dan berpegangkan tali rintangan yang sedia ada.

Jam 0730 pagi kami sampai kepuncak. Tangkap gambar banyak2, tetapi kurang jelas sebab kedudukan puncak diselaputi dengan awan yang tebal. Salepas hampir satu jam kami beredar turun semula. Turun memang cepat pun!

No comments:

Post a Comment